Cent2ry Didakwa Curi Rentak Lagu & Koreografi K-Pop? MV ‘Equal Monsters’ Hilang Dari YouTube
- oleh irsa
- 4 tahuns lalu
Beberapa minggu ini, kumpulan Cent2ry menjadi sebutan ramai apabila lagu mereka iaitu “Equal Monsters” tular di serata media sosial.
Pun begitu, rata-rata peminat K-Pop menyelar kumpulan M-Pop itu kerana dikatakan mencuri beberapa gerak tari daripada kumpulan Korea.
Bukan itu sahaja, rentak lagu digunakan seakan-akan sama dengan satu lagu yang dihasilkan oleh komposer daripada Thailand.
Disebabkan oleh pertuduhan itu, muzik video “Equal Monsters” dilihat hilang daripada YouTube.
Malah kumpulan Cent2ry giat mempromosikan saluran YouTube baru kumpulan berkenaan kini.
Sebelum ini, kumpulan itu ada memohon maaf dan mengakui bahawa beberapa gerak tari mereka mempunyai iras dengan koreografi sedia ada. Namun mereka menekankan bahawa ia direka sendiri oleh ahli Cent2ry.
Dalam pada itu, pihak kumpulan berkenaan dikatakan sedang berbincang untuk mendapatkan hak cipta lagu berkenaan daripada komposer asal itu kini.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




