Ikuti Kami:

“Cekik Darah” – Diselar Jual T-Shirt Biasa Beratus Ringgit, Ini Respon Kim Jongkook Bagi Tutup Mulut Netizen

“Cekik Darah” – Diselar Jual T-Shirt Biasa Beratus Ringgit, Ini Respon Kim Jongkook Bagi Tutup Mulut Netizen

Bukan sahaja menjadi penyanyi dan penghibur kini, namun Kim Jong-kook juga melebarkan sayapnya dengan membuka kedai pakaian atas talian ‘ironstein’ di mana dia menjual beberapa helai t-shirt kini.

Pun begitu, sambutan awalnya sedikit negatif memandangkan ramai yang kecewa kerana lelaki itu menjual t-shirt dengan tampalan logo grafik biasa dengan harga 46,000 won (RM163) sehelai.

Jelasnya, dia sangat teliti terhadap pakaian yang dibeli lantas memilih jenis kain terbaik di mana ia sesuai dengan seleranya sendiri. Namun ada yang kurang berpuas hati apabila Kim Jong-kook memandang enteng hal harga pakaian itu apabila menegaskan bahawa ianya murah sahaja.

t-shirt kim jongkook

Respon lelaki itu dengan pantas selepas ramai mula menyebut mengenai kontroversi berkenaan,

Semuanya! Saya ingin menyampaikan sejujurnya, pakaian ini bukanlah T-Shirt biasa dengan hanya tulisan atas kain sahaja. Saya membuatnya dengan usaha dan saya memberikan perhatian terhadap fabrik digunakan kerana ia merupakan faktor paling penting. Sila fahami bahawa ini ialah pakaian harian dan bukannya pakaian sukan.

Tambahnya, dia menimbal balik pelbagai faktor sebelum menentukan harga berkenaan dan memohon maaf sekiranya ada yang terasa apabila dia mengatakan bahawa harga itu murah,

Saya tak terlalu mahir dalam bidang ini, jadi saya minta kalian semua memahami niat saya dengan baik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ha dong hoon (@quanhaha79)

Dalam pada itu, Kim Jong-kook turut mengumumkan bahawa dia akan mendermakan kesemua keuntungan yang diperolehi dari penjualan t-Shirt ini kepada badan yang memerlukan bagi meredakan kontroversi ini.

Nasib Kim Jong-kook pantas bertindak!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...