Nampaknya Yeo Jin-goo kini sedang sibuk mencari projek baru untuk melakukan ‘comeback’ selepas drama “Beyond Evil”.
Menurut sumber, pelakon lelaki itu menerima tawaran untuk berlakon dalam drama terbaru tvN bertajuk “Link”.
Kata agensinya pula,
Yeo Jin-goo ada menerima tawaran berlakon dari ‘Link’. Dia sedang menelitinya kini.
Gabungkan fantasi, romantik dan misteri, “Link” digambarkan sebagai drama mengenai seorang lelaki yang mula merasai pelbagai emosi dilalui seorang wanita. Drama ini akan mengikuti kisah yang terurai apabila dia mula melalui pengalaman gembira, sedih dan sakit bersama wanita itu.
Yeo Jin-goo dilamar untuk melakonkan watak Eun Gye-hoon, cef di sebuah restoran yang dibangunkannya di sebuah bandar di mana adiknya menghilangkan diri 20 tahun lalu. Lelaki itu kemudiannya mendapati dia merasai perasaan yang rawak secara tiba-tiba pada suatu hari, menangis serta gelak tanpa disangka dan rupa-rupanya ia adalah emosi yang dialami wanita bernama Noh Da-hyun.
Kalau anda ingat, Moon Ga-young ada menerima tawaran untuk membawa watak Noh Da-hyun sebelum ini.
Khabarnya “Link” akan mula ditayangkan di saluran berkenaan pada tahun 2022.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.