Utama K-Pop Cedera Tulang Belakang, Felix STRAY KIDS Akan Had Pergerakan Pada Acara Masa...

Cedera Tulang Belakang, Felix STRAY KIDS Akan Had Pergerakan Pada Acara Masa Depan

felix stray kids injured

Ahli STRAY KIDS Felix, kini sedang pulih daripada kecederaan tulang belakang.

Pada 9 Februari, JYP Entertainment mengumumkan bahawa Felix telah didiagnosis dengan hernia cakera intervertebral. Untuk mengelakkan aktiviti berat semasa menerima rawatan, persembahan Felix mungkin terhad pada acara perjumpaan peminat STRAY KIDS yang akan datang “SKZ’S CHOCOLATE FACTORY”. Berikut adalah kenyataan penuh yang dikeluarkan:

Helo, ini JYPE.

Kami ingin memberikan maklumat mengenai jadual Felix STRAY KIDS yang akan datang.

Felix baru-baru ini melawat hospital selepas mengalami sakit di belakangnya. Selepas pemeriksaan terperinci, dia didiagnosis dengan hernia cakera intervertebral.

Walaupun tiada kesan ke atas aktiviti hariannya, doktor telah mengesyorkan agar dia mengelakkan postur dan aktiviti yang akan memberi tekanan pada pinggangnya. Oleh itu, Felix akan mengelak sebarang aktiviti berat semasa menerima rawatan, untuk pemulihan segera.

Persembahan Felix semasa acara STRAY KIDS 2ND #LoveSTAY “SKZ’S CHOCOLATE FACTORY pada 12-13 Februari akan datang, mungkin diterhadkan.

Kami memohon maaf kerana terpaksa berkongsi berita mengejut dan menimbulkan kebimbangan kepada semua STAY (nama kelab peminat) yang tidak sabar-sabar untuk melihat Felix beraksi.

Felix akan mengambil bahagian dalam persembahan pentas selepas doktor mengesahkan bahawa dia telah pulih sepenuhnya. JYPE akan memberikan yang terbaik untuk menyokong pemulihan artis kami.

Kami mengharapkan pemahaman yang baik dari STAY. Terima kasih.

felix stray kids

Semoga cepat pulih Felix!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERVLive
Loading...