Ikuti Kami:

Cecah Usia 2 Tahun, Choi Jiwoo Kongsi Foto Anak Perempuan

Cecah Usia 2 Tahun, Choi Jiwoo Kongsi Foto Anak Perempuan

Peminat K-Drama ‘veteran’ semestinya mengenali Choi Ji-woo betul tak? Walaupun sudah berusia 48 tahun namun wajahnya langsung tak berubah daripada ketika membintangi drama ‘hit’ iaitu “Winter Sonata”.

BACA: Selepas 5 Bulan Bersalin, Netizen Terpegun Lihat Choi Jiwoo Tampil Ramping & Berseri

Terbaru, wanita menawan itu telah berkongsi gambar anak sulungnya menerusi Instagram Story.

Hasil pertama dalam sebulan sahaja! Tapi hanya satu sahaja. Saya mengalah dengan awak.

anak choi jiwoo

Dalam foto yang dimuat naik itu, anak perempuan Choi Ji-woo dilihat memetik sebiji buah strawberi daripada laman rumah mereka. Meskipun hanya nampak tepi mukanya, namun rata-rata pengikut meluahkan rasa teruja mereka dengan perkongsian itu.

Sebelum ini, pelakon wanita sering berkongsi foto bersama anaknya itu namun tidak mendedahkan mukanya secara penuh.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @choijivvoo

Untuk pengetahuan, Choi Ji-woo mengahwini seorang lelai bukan selebriti 9 tahun lebih muda daripadanya pada tahun 2018. Pada Mei 2020, pasangan itu dikurniakan anak pertama mereka.

Agaknya dapat tak kita tengok gambar penuh suatu hari nanti?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...