Ikuti Kami:

Cecah RM800K, Pereka Dalaman Dedah Harga Barangan Dalam Rumah Jennie BP

Cecah RM800K, Pereka Dalaman Dedah Harga Barangan Dalam Rumah Jennie BP

Pada siaran TMI News Show baru-baru ini, yang menampilkan Yu-jeong dan Na-young dari LIGHTSUM sebagai artis jemputan. Turut tampil juga seorang pereka bentuk dalaman, Jasson untuk sedutan episod kali ini.

Sementara itu, TMI SHOW ialah program rancangan bual bicara carta di mana bintang secara langsung mendedahkan TMI (Too Much Information) yang berkaitan dengan diri mereka sendiri.jennieDalam siaran episod tersebut, kediaman Jennie dipilih sebagai tempat ketiga dalam carta “Dalaman mahal bagi bintang yang membangkitkan keinginan untuk memilikinya” dan berkata,

Perkara yang paling penting bagi Jennie ialah keselesaan. Katil Jennie ialah produk daripada Syarikat H, yang tandatangannya adalah cek biru. Dikatakan bahawa lebih daripada 6 tukang bekerja sehingga 6 bulan untuk membuat katil tersebut secara ‘custom-made’. Katil itu juga adalah jenis yang sama yang dibekalkan kepada keluarga diraja Sweden, berharga kira-kira 170 juta won(RM500K).

Dalam sesi temu bual tersebut , pereka bentuk dalaman tersebut turut menyatakan,

Sofa adalah produk daripada syarikat Perancis dan direka dengan motif ‘belon terapung di awan dalam fantasi’. Jennie juga memiliki set kerusi daripada jenama yang sama. Harga produk itu masing-masing kira-kira 9.6 juta won (RM30K) dan 5.9 juta won (RM20K). Selain itu, kerusi bulat itu direka kira-kira 50 tahun lalu, tetapi dikatakan keselesaan yang melebihi jangkaan adalah kelebihannya. Harganya kira-kira 3.2 juta won (RM12K).

jennieAkhir sekali, satu perkara yang mengejutkan semua orang apabila,

Hobi Jennie ialah muzik. Pembesar suara syarikat Itali, yang mesti dimiliki oleh mereka yang suka muzik, berharga kira-kira 15.9 juta won (RM50K). Peti sejuk adalah produk dari jenama perkakas rumah mewah Amerika. Harganya kira-kira 40 juta won (RM140K). Anggaran kos gabungan perabot dalaman Jennie yang selesa ialah kira-kira 244 juta won (RM800K).

Mahalnya lah barangan rumah Jennie kan? Tetapi berbaloi la dengan penat lelah Jennie selama ini, tambahan pula ini adalah untuk keselesaan dirinya kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...