Jarang lah BLACKPINK tak ‘slay’ bila berkolaborasi dengan pelbagai jenama terkenal!
Bermula pagi ini, merchandise kolaborasi antara BLACKPINK dan Starbucks telah dijual di semua outlet jenama minuman itu di sembilan negara termasuklah di Korea Selatan. Walaupun setiap pembeli hanya boleh membeli dua barangan, namun kesemua stok yang ada terus berkurangan dengan tempoh yang pantas.
Antara 10 barangan eksklusif yang boleh didapati dalam kolaborasi ini ialah cawan sejuk, tumbler, cawan seramik, beg tote, kunci cincin, bekas passport dengan gabungan warna merah jambu dan hitam, sinonim dengan warna rasmi BLACKPINK.
View this post on Instagram
Terjual dalam masa 2 jam, respon laman penjual G Market,
Mengambil kira had pembelian yang ditetapkan, ianya terjual dengan pantas. Sepertinya ramai yang menonjolkan minat sama ada secara domestik mahupun di luar negara.
Bukan sahaja sudah habis terjual di atas talian, malah stok di outlet Starbucks juga sudah pun selesai dijual selepas kesemua peminat dilihat beratur sejak awal pagi bagi menjadi yang terawal memilki barangan eksklusif itu,
Di Myeongdong dan tempat lain, orang luar negara juga melawat ke kedai untuk membeli barangan terhad itu.
Dek permintaan tinggi, ramai yang tercari-cari sekiranya ada yang menjual semula merchandise BLACKPINK x Starbucks ini.
Wow!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.