Cecah RM308 Juta, Ini Jumlah Harga Hartanah Hadiah Jin & Jungkook BTS Untuk Keluarga
- oleh Athirah Azmi
- 4 tahuns lalu
Kejayaan yang diperoleh selama ini mestilah dikongsi bersama. Korang nak tahu tak apa yang Jin dan Jung-kook BTS berikan kepada keluarga mereka? Ha…
Artikel Berkaitan
Terbaru, perkara itu dikongsikan menerusi rancangan hiburan “The Woman Running The Chart”, yang mana ia memaparkan hadiah yang diberikan oleh selebriti K-Pop kepada ahli keluarga mereka dan katanya ianya hampir mencecah ratusan juta…
Sebagai ahli yang tertua dalam BTS, Jin semestinya nampak matang dalam menguruskan perihal peribadinya. Jin telah membeli 2 apartment mewah di Hannam-dong pada tahun 208 dan pada tahun 2019, dia telah membeli sebuah apartmen berharga 4.2 bilion won (RM13,717,136) dan meletakkan nama kedua ibu-bapanya untuk unit tersebut.
Manakala, Jung-kook juga memberikan hadiah besar untuk abangnya. Jung-kook membeli sebuah kompleks kediaman dan komersial di Yongsan yang berharga hampir 2.9 bilion won (RM9,469,465) pada tahun 2019. Harga kompleks tersebut adalah 4 bilion won (RM13,058,823) pada tahun 2012, namun Jung-kook memberikan unit tersebut kepada abangnya setahun selepas dia membelinya.
Mahalnya ek rumah dorang beli…
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




