Ikuti Kami:

Cecah 175 cm, Ini Antara 6 Pelakon Wanita Korea Punyai Ketinggian Luar Biasa

Cecah 175 cm, Ini Antara 6 Pelakon Wanita Korea Punyai Ketinggian Luar Biasa

Ketinggian adalah sesuatu yang biasanya dikaitkan dengan pelakon lelaki Korea, kerana kebanyakan mereka adalah sangat tinggi.

Namun, ramai pelakon wanita Korea juga punyai ketinggian yang agak tinggi. Jom baca perkongsian KimchiDaily tentang 6 pelakon Korea yang mempunyai tinggi 170 cm ke atas.

Lee Sungkyung (175 cm) 

tinggi pelakon wanita korea

Lee Sung-kyung bukan sahaja seorang pelakon, malah dia juga merupakan seorang model, dan penyanyi Korea Selatan. Dia terkenal dengan peranannya dalam siri televisyen “Weightlifting Fairy Kim Bok-joo” dan “Dr. Romantic 2”. Lee Sung-kyung merupakan pelakon wanita yang sangat tinggi dengan ketinggian 175 cm.

Lee Dahee (175 cm) 

tinggi pelakon wanita korea

Sama seperti Lee Sung-kyung, Lee Da-hee juga merupakan seorang pelakon yang mempunyai bakat dalam dunia pemodelan. Ketinggiannya mencecah sehingga 175 cm, jadi tidak hairanlah jika dia ditawarkan untuk menjadi model jenama terkenal.

Han Goeun (174 cm) 

tinggi pelakon wanita korea

Korang mungkin akan selalu nampak Han Go-eun dalam K-Drama yang lama-lama. Usia pelakon wanita ini mencecah 48 tahun pada tahun 2023 namun, mukanya langsung tidak seiring dengan usia kerana nampak macam masih remaja. Han Go-eun mempunyai ketinggian agak luar biasa iaitu 174 cm, menjadikannya antara pelakon wanita Korea tertinggi.

Jun Jihyun (173 cm) 

tinggi pelakon wanita korea

Tidak dapat disangkal lagi kehebatan Jun Ji-hyun dalam dunia lakonan Korea. Dia telah menerima pelbagai anugerah, termasuk dua Anugerah Grand Bell untuk Pelakon Wanita Terbaik dan Daesang untuk Televisyen di Anugerah Seni Baeksang. Pelakon cantik manis ini juga mempunyai ketinggian setinggi 173 cm. Oleh sebab itu, dia juga ada mengambil kerja menjadi seorang model.

Gong Hyojin (172 cm) 

tinggi pelakon wanita korea

Siapa ingat lagi K-Drama romantis “Pasta” yang ditayangkan pada tahun 2010? Drama ini dibintangi oleh Gong Hyo-jin yang ketika itu berumur 30 tahun. Dengan ketinggian 172 cm, Gong Hyo-jin merupakan antara pelakon wanita Korea yang mempunyai ketinggian agak luar biasa.

 Choi Sooyoung 

tinggi pelakon wanita korea

Bagi peminat idola K-Pop, korang pasti kenal Choi Soo-young dari kumpulan SNSD kan? Selain mempunyai suara merdu, dia juga berbakat dalam bidang lakonan. Antara K-Drama popular yang Choi Soo-young terlibat ialah “Move To Heaven”. Jika dilihat di dalam kaca televisyen, artis wanita ini tidak kurang persis model jenama terkenal kerana ketinggiannya setinggi 172 cm.

Terkejut tengok ketinggian masing-masing.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...