Setelah lama menanti, musim kedua “Squid Game” bakal menemui penonton tak lama lagi!
Terbaru, Netflix telah mengeluarkan video trailer baru untuk “Squid Game 2”, yang kembali memperkenalkan watak Gong Yoo sebagai ‘Ddakji Man’.
Khususnya, video itu bermula dengan Gong Yoo memulakan harinya dengan mandi, memakai sut hitam dan pergi ke stesen kereta api bawah tanah untuk mencari mangsa yang seterusnya sertai ‘Squid Game’.
Untuk pengetahuan, musim kedua “Squid Game” akan mengikuti Gi-hun (Lee Jung-jae) yang membatalkan rancangannya untuk berlepas ke Amerika Syarikat dan kembali ke permainan hidup mati tiga tahun kemudian.
Tambahan, pelakon baru yang akan ikut serta dalam musim terbaru ini adalah Im Si-wan, Kang Ha-neul, Park Gyu-young, Lee Jin-wook dan Park Sung-hoon.
Nantikan tayangannya pada 26 Disember ini!