Ikuti Kami:

Capai Rating Tinggi Musim Lalu, Trio Paling Gila Kembali Lagi Dalam The Zone: Survival Mission 2

Capai Rating Tinggi Musim Lalu, Trio Paling Gila Kembali Lagi Dalam The Zone: Survival Mission 2

Setelah lapan bulan menanti, akhirnya trio paling gila dalam The Zone: Survival Mission bakal menemui anda dengan musim kedua hujung bulan ini!

Musim Pertama Buka Peluang Gandingan Trio Wujud Keserasian Bersama

Kalau korang tengok The Zone: Survival Mission musim lepas, mesti nampak banyak sangat perubahan terhadap gandingan Yoo Jae Suk, Lee Kwang Soo dan Kwon Yuri daripada episod 1 sampai episod ke 8. Makin meletup!

Musim pertama juga menampilkan pelbagai cabaran yang perlu ditempuhi oleh ketiga-tiga ejen kemanusiaan ini untuk terus bertahan tidak kira di udara, darat atau di dalam air. Pelbagai kerenah Lee Kwang Soo, Yoo Jae Suk dan Yuri yang sentiasa mencuit hati. Min pun tak sangka Yuri sebenarnya kelakar!

Walau Penuh Gelak Tawa, Namun Misi Kali Ini Lebih Mencabar!

[ Amaran SPOILER]

Bagi musim kedua, AI 2.0 yang kini berwajah baharu telah menaik taraf simulasi bencana kepada lebih mencabar. Ketiga-tiga ejen kemanusiaan ini harus menyelesaikan segala simulasi dalam masa 4 jam demi bertahan dalam situasi ekstrem walaupun ia terlihat seperti dalam kehidupan biasa.

Bukan Kwang Soo dengan Jae Suk lah kalau tak takut semua benda kan? Memang tak macho! Tapi kali ini, cuba bayangkan kalau rasa takut tu sebenarnya kunci utama untuk mereka survive dalam cabaran yang penuh dengan tekanan! Memang main emosi!

Lagi epic, bila mereka terpaksa selesaikan cabaran apabila mereka hanya dibenarkan duduk di atas katil yang bergerak menggunakan teknologi berkuasa tinggi. Bukan itu sahaja, korang juga dapat saksikan kehebatan Yuri dalam bermain golf. Memang lebih banyak komedi berbanding musim lalu!

Selain itu, musim kedua ini juga masih mengekalkan ganjaran syiling Z bagi setiap simulasi sekiranya mereka berjaya menyelesaikan segala cabaran dari zon yang berbeza. 

Mampukah mereka menyelesaikan semua cabaran dalam setiap zon mengikut masa yang diberikan? Atau mereka kekal menjadi ejen kemanusian yang gagal? Jangan lupa untuk tonton “The Zone: Survival Mission 2” di Disney+ Hotstar! 

 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...