Byun Woo-seok telah dilihat bercuti di luar negara.
Baru-baru ini, tular di media sosial selepas Byun Woo-seok telah didapati pergi bercuti ke Nha Trang, Vietnam. Dalam gambar yang dikongsi oleh peminat tempatan, pelakon “Lovely Runner” itu dilihat sedang duduk di sebuah kafe.
Hantaran tersebut telah meraih perhatian ramai terutamanya selepas mereka menyedari akan kehadiran seorang wanita cantik yang duduk dihadapan pelakon tersebut.
Malah, kedua-dua mereka juga kelihatan mesra berbual dan Byun Woo-seok dilihat tersenyum sambil memandang wanita misteri tersebut.
Selepas hantaran itu dimuat naik, peminat serta netizen tertanya-tanya akan identiti wanita tersebut dan hubungannya dengan Byun Woo-seok.
Komen peminat,
- Teman wanita dia ke?
- Dia pun dah umur 30-an jadi tak terkejut kalau dia ada teman wanita.
- Untungnya wanita itu..
- Ada yang kata bahawa itu staf dia.
- Cantiknya perempuan itu..
Namun setakat ini, agensi pelakon tersebut masih belum memberi sebarang respon mengenai isu ini.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.