Mesti ramai kan yang dah pernah layan filem “Miracle in Cell No. 7” yang ditayangkan pada 2013 dahulu?
Pada 12 September yang lalu, ramai selebriti telah dijemput ke sesi tayangan perdana filem “Veteran 2”, termasuklah Kal So-won.
Khususnya, pelakon “Miracle in Cell No. 7” itu telah pun berusia 18 tahun kini dan membuatkan ramai teruja dengan penampilan dewasanya, sejak filem tersebut ditayangkan.
Malahan, Ryu Seung-ryong yang turut hadir di acara itu juga sempat reunion dengan ‘anaknya’ itu dan sempat bergambar bersama.
Cepat betul masa berlalu!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.