Ikuti Kami:

“Cakap Boi…kot, Tapi Minum Pun Jenama Tu Juga” – Pempengaruh ‘Sindir’ Netizen Cara Halus

“Cakap Boi…kot, Tapi Minum Pun Jenama Tu Juga” – Pempengaruh ‘Sindir’ Netizen Cara Halus

Orang cakap isu boikot di Malaysia ni seperti bermusim. Bila isu tengah hangat semua semangat tak nak beli dan cari alternatif. 

Tapi bila masa berlalu, semuanya macam dah jadi kebiasaan. Tabiat lama pun datang balik, benda yang boikot semua macam dah jadi ‘normal’ kembali. Padahal sampai ke hari ini saudara kita masih lagi dibedil dan terbaru gencatan senjata dicabuli pada bulan Ramadan.

Ada yang bagi alasan dah buat yang terbaik, padahal diri sendiri yang tak ‘kuat’. Terbaru, konten seorang pempengaruh terkenal @chazynash raih perhatian kerana dilihat seolah-olah memperli gelagat masyarakat yang mula ‘hilang’ semangat dalam isu boikot.

“Sembang Support Tapi….”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Chazynash (@chazynash)

Menerusi hantaran terbaru video POV yang dimuat naik ke akaun media sosialnya, Nash dilihat sedang minum daripada cawan berwarna hijau sambil mengomel mengenai pencabulan genjatan senjata terhadap masyarakat di Palestin.


Sama seperti situasi masyarakat di Malaysia hari ini, kita asyik membicarakan isu boikot untuk memberi tekanan ekonomi kepada negara yang menindas tapi malangnya, kita dah mula leka dan kembali kepada jenama lama dengan alasan dah terbiasa dari kecil.

Selain Nash, seorang pempengaruh iaitu Syafiq Ahmad dilihat turut memberi sindiran sinis di media sosialnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syafiq Ahmad (@a_syafiq_ahmad)


Mula-mula layan video dia, kami ingat hanya video POV biasa tentang perempuan suka tepuk tampar. Tapi sampai part, kawan si Syafiq cakap “Orang kat luar sana minum….” terus kami terfikir, adakah kalau sebab orang mula anggap benda ni normal, jadi kita pun kena ikut? Lemahnya!

Bagi kami sejujurnya, teguran sini seperti ini walaupun ‘makan dalam’ tapi dapat membantu menyedarkan dan membetulkan niat, kenapa penting untuk kita terus memboikot jenama yang terang-terangan menyokong perbuatan genosid dan menggunakan produk alternatif tempatan sebaiknya.

Terbaru 2 lagi pempengaruh memuat naik video yang seakan-akan sama menyampaikan mesej cryctic message. Adakah gelombang boikot akan kembali? Tepuk dada tanya iman.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BadronMunirah (@badronmunirah)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by (@rushdanwafa)

Guna Produk Alternatif, Bantu Ekonomi Tempatan!

Rasanya selepas episod pembantaian umat Islam di Palestin, banyak jenama tempatan mula berinovasi memperkenalkan produk alternatif.

Salah satunya ialah Vico, jenama ini sebenarnya telah lama berada di pasaran dan berevolusi menawarkan pilihan yang lebih sihat dengan mengurangkan gula.

Jadi sampai bila nak jadi fake sembang tentang boikot tapi minum jenama hijau? Jom support lokal dengan memilih Vico hari ini!

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.