Ikuti Kami:

Cahaya Mata Sulung! Choi Jiwoo Selamat Timang Anak Perempuan Pada Usia 45 Tahun

Cahaya Mata Sulung! Choi Jiwoo Selamat Timang Anak Perempuan Pada Usia 45 Tahun

Setelah dua tahun berkahwin dengan lelaki pilihannya, pelakon cantik iaitu Choi Ji-woo dikhabarkan sudah pun selamat menimang cahaya mata sulungnya!

Meskipun memuat naik gambarnya berbadan dua pada 7 Mei lepas dan memaklumkan kepada semua bahawa dia bakal melahirkan bayinya itu dalam masa 15 hari lagi, namun wanita tersebut lahir awal sebelum tarikh jangkaannya.

choi jiwoo bersalin anak pertama

Syarikat naungannya turut mengeluarkan kenyataan mengenai berita tersebut.

Choi Ji-woo selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada petang tadi (16 Mei). Kedua-dua ibu dan anak berada dalam keadaan yang sihat dan Choi Ji-woo kini sedang berehat bagi memulihkan tenaganya. Kami mengucapkan terima kasih kepada semua yang meninggalkan ucapan tahniah.

Semasa mengumumkan kehamilannya beberapa bulan lepas, ramai yang mendoakan wanita yang berusia 45 tahun agar selamat melalui semua proses dan mendoakan kemudahannya.

Tahniah!

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...