Ikuti Kami:

“Byeon Wooseok Pelakon Paling Kacak Saya Pernah Jumpa” – Hyeri

“Byeon Wooseok Pelakon Paling Kacak Saya Pernah Jumpa” – Hyeri

Mesti ramai kan yang pernah layan drama “Moonshine” yang ditayangkan pada 2022 dulu?

Baru-baru ini, Byeon Woo-seok telah muncul sebagai tetamu dalam rancangan YouTube Hye-ri, di mana mereka ada bercakap tentang tanggapan pertama antara satu sama lain.

Kali pertama berjumpa ketika sama-sama membintangi drama “Moonshine”, Hye-ri mengaku,

Apabila saya melihat foto profil Byeon Woo-seok, dia nampak biasa je. Namun, apabila kami berjumpa untuk sesi bacaan skrip, saya nampak ada orang yang sangat kacak ini masuk.

byeon wooseok hyeri

Sambung wanita itu,

Saya menyuruhnya menukar gambar profilnya selepas kami rapat tetapi dia masih tidak melakukannya. Ia masih gambar yang sama! Setiap kali seseorang bertanya kepada saya siapa pelakon paling kacak dalam kehidupan sebenar, saya sentiasa jawab Byeon Woo-seok dengan jujur.

Dalam gambar pun dah kacak, tak tau la Byeon Woo-seok ni handsome macam mana kalau jumpa depan-depan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Newsis

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...