Siapa yang memang peminat tegar K-Drama pastinya kenal sangat dengan pelakon Korea. Bukan sahaja pelakon utama malah pelakon sampingan yang bawa watak mak, ayah, bos dan rakan sekerja pun pasti anda boleh cam dengan cepat.
Jadi, anda pastinya kenal dengan pelakon veteran Ahn Nae-sang kan? Rupanya sibuk betul lelaki ini pada tahun 2021. Dalam diam, dia sudah membintangi 7 K-Drama dalam separuh pertama tahun ini sahaja.
Antara daripada drama tersebut ialah, “Royal Secret Agent”, “L.U.C.A.: The Beginning”, “Mouse”, “Law School”, “Racket Boys”, “The Devil Judge” dan “On The Verge Of Insanity”. Malah dia dikhabarkan bakal membintangi drama “The Road: Tragedy Of One” tak lama lagi.
Lebih mengejutkan, Ahn Nae-sang rupanya turut muncul dalam 8 drama pada tahun 2020 iaitu “Hi Bye, Mama!”, “Welcome”, “Eccentric! Chef Moon”, “Into The Ring”, “More Than Friends”, “18 Again”, “My Dangerous Wife” dan “Do Do Sol Sol La La Sol”.
Rasanya takhta pelakon K-Drama paling sibuk untuk tahun ini boleh diberikan kepada Ahn Nae-sang kan?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.