Baru-baru ini, seorang penulis rancangan muzik telah membuat satu pendedahan mengejut tentang idola K-Pop lelaki.
Khususnya dalam hantaran yang bertajuk ‘Saya tidak dapat berhenti mencarut di bilik menunggu idola k-pop satu ini’, penulis salah sebuah program muzik itu menceritakan,
Penolong pengarah masuk untuk bersihkan ruang menunggu yang digunakan oleh idola lelaki dan sebaik sahaja membuka pintu, dia seperti ‘Bau najis ke kat sini?’. Saya terus masuk dan menghidu seperti anjing dan memang jelas bau busuk.
Sambungnya lagi,
Saya nampak baju t-shirt putih di belakang sofa yang dipakai idola lelaki baru-baru ini di ruang menunggu. Baju tu dah lama ditinggalkan di situ dan mengeluarkan bau busuk akibat peluh. Saya terus buangnya dalam plastik sampah.
Kemudian, penulis rancangan itu turut menambah,
Saya tahu ramai orang ada fantasi tentang idola K-Pop lelaki tetapi mereka tetap manusia akhirnya. Mereka juga makan di bilik menunggu mereka dan bau itu boleh bertukar jadi busuk sisa makanan lama. Jadi, jangan terlalu terperangkap dalam fantasi sama seperti orang lain.
Ewww geli la..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.