Utama Rancangan Hiburan ‘Busted’ Musim Ke-3 Dikhabarkan Bakal Sapa Penonton Januari 2021?

‘Busted’ Musim Ke-3 Dikhabarkan Bakal Sapa Penonton Januari 2021?

busted musim ketiga

Gabungan 7 selebriti terkenal sebagai ahli rancangan itu iaitu Yoo Jae-suk, Ahn Jae-wook, Kim Jong-min, Lee Kwang-soo, Park Min-young, Sehun (EXO), Lee Seung-gi dan Se-jeong (Gugudan) memang menjadi kerana ramai suka melihat gelagat mereka semua yang mempunyai pelbagai personaliti.

Kalau anda nak tahu, siri asal Netflix “Busted” merupakan satu rancangan hiburan yang membawa beberapa artis sebagai detektif untuk menyelesaikan pelbagai kes misteri dan setiap episod membawa kisah misteri yang baru dan berlainan.

netflix busted

Menurut satu artikel yang menceritakan mengenai program “PARTY B” baru-baru ini, peminat nyata tertarik apabila pengarah yang sama turut menyebut mengenai musim terbaru “Busted”.

Musim ketiga juga dijadualkan akan ditayangkan pada Januari tahun hadapan dek penggambaran yang sudah selesai dan pos-produksi yang sedang berlangsung kini.

Kalau betul, excitednya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERStar News
Loading...