Ikuti Kami:

“Buruknya..” – Penampilan Cha Eunwoo & Jung Haein Di Acara Dior Dikritik, Tapi Kenapa?

“Buruknya..” – Penampilan Cha Eunwoo & Jung Haein Di Acara Dior Dikritik, Tapi Kenapa?

Jung Hae-in dan Cha Eun-woo telah menghadiri satu acara DIOR di Seoul.

Meskipun visual kedua-duanya dipuji, pakaian yang dikenakan oleh mereka membuatkan netizen merasakan yang sebaliknya.

Di mana, Cha Eun-woo telah mengenakan sepasang sut yang jelas mendedahkan bahagian depan tubuhnya yang hanya diikat dengan seutas tali manakala Jung Hae-in pula mengenakan kemeja yang mendedahkan bahagian pusatnya.

cha-eunwoo-jung-haein

Walaupun penampilan yang ‘terdedah’ sering menjadi pilihan utama peminat, ramai yang merasakan bahawa gaya yang dikenakan oleh kedua-dua pelakon pada kali ini kelihatan pelik dan tidak sesuai.

Malah, mereka turut menyatakan bahawa pakaian yang dikenakan Jung Hae-in kelihatan seperti baju pesakit di hospital.

Komen mereka,

  • Penata rias mereka orang yang sama ke?
  • Peliknya baju mereka?
  • Nasib baik Cha Eun-woo kacak..
  • Tak semua baju yang terdedah tu cantik..
  • Rupa mereka dah selamatkan baju tersebut.
  • Baju Jung Hae-in macam baju pesakit hospital..
  • Buruknya baju mereka.

Apa pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   The Qoo

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...