Ikuti Kami:

Buli Watak Jenny Dengan Teruk Dalam ‘The Penthouse 2’, Lee Taebin Mohon Maaf Pada Semua ‘Minhyuk’

Buli Watak Jenny Dengan Teruk Dalam ‘The Penthouse 2’, Lee Taebin Mohon Maaf Pada Semua ‘Minhyuk’

Masuk musim kedua, “The Penthouse” nyata menyajikan pelbagai lagi babak yang mendebarkan dan menyakitkan hati.

Seperti yang semua tahu, anak-anak di Hera Palace turut menjejaki langkah ibu bapa mereka yang berpengaruh dengan membuli pelajar lain yang tidak bernasib baik seperti mereka.

Dalam musim kedua, mereka kini menjadikan Yoo Jenny (Jin Ji-hee) sebagai sasaran meskipun dia pernah menjadi salah seorang daripada mereka. Kesetiaan itu beralih arah apabila gadis tersebut berbuat baik dengan Bae Ro-na meskipun ibunya dituduh membunuh Shim Su-ryeon (Lee Ji-ah) iaitu ibu kepada kembar Seok-hoon dan Seok-kyung.

jin jihee the penthouse 2

jin jihee the penthouse 2

Melihatkan kemarahan penonton dek Yoo Jenny yang dibuli dengan teruk, Lee Tae-bin yang melakonkan watak Lee Min-hyuk, salah seorang kepada pembuli tegar gadis itu telah memohon maaf di laman Instagram miliknya.

Saya minta maaf kepada semua yang bernama Min-hyuk yang berada di serata negara ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 이태빈 (@taevin.lee)

Meskipun hanya lakonan namun rata-rata komen yang membanjiri entri tersebut meminta dia berhenti menyakitkan hati Jenny lagi dan berbaik dengannya.

Bahkan ramai yang turut berdukacita apabila melihat gadis itu yang keguguran rambut dengan teruk dek terseksa dengan layanan buruk bekas rakan taulannya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...