Ikuti Kami:

Buku Nota Ajaib Bikin Jatuh Cinta, Doyoung NCT & Han Jihyo Sah Bintangi ‘To X Who Doesn’t Love Me’

Buku Nota Ajaib Bikin Jatuh Cinta, Doyoung NCT & Han Jihyo Sah Bintangi ‘To X Who Doesn’t Love Me’

Do-young NCT sah akan membintangi drama baharu sebagai bintang utama!

Pada 21 Februari, SM Entertainment secara rasmi mengumumkan bahawa Do-young akan membintangi drama TVING yang akan datang “To X Who Doesn’t Love Me” (terjemahan literal).

“To X Who Doesn’t Love Me” akan menceritakan kisah tentang buku nota ajaib yang boleh membuatkan sesiapa sahaja jatuh cinta dengan seseorang selama sebulan. Do-young akan memainkan watak utama Jung Shi-ho, seorang pelajar kolej yang trauma dengan pengalaman pahit semasa zaman persekolahannya. Sebagai rakan lelaki kepada Seo Hee-soo (dilakonkan oleh Han Ji-hyo), Jung Shi-ho adalah satu-satunya yang mengetahui rahsia buku nota ajaibnya, dan dia menjadi bimbang apabila dia cuba menggunakan buku nota itu untuk memulakan percintaan sebulan.

doyoung nct drama

Mengenai peluang lain yang diberikan buatnya untuk berlakon sebagai watak utama, Do-young mengulas,

Saya benar-benar bersyukur kerana satu lagi peluang berharga untuk berlakon telah datang kepada saya. Demi peminat saya dan orang yang percaya kepada saya, saya akan melakukan yang terbaik supaya saya dapat menunjukkan perkara yang baik kepada anda.

Sementara itu, “To X Who Doesn’t Love Me” telah dijadualkan untuk tayangan pada bulan Jun tahun ini. Nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...