Ikuti Kami:

Bukti Pengaruh Hebat, Rosé BP Sertai Dr Wan Azizah Bincang Soal Kesihatan Mental Di Acara APEC

Bukti Pengaruh Hebat, Rosé BP Sertai Dr Wan Azizah Bincang Soal Kesihatan Mental Di Acara APEC

BLACKPINK memang tidak dinafikan telah membawa pengaruh hebat terutamanya kepada generasi muda kini.

Baru-baru ini, Rosé telah telah menghadiri sebuah acara perbincangan tentang kesihatan mental, untuk sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC), yang dihoskan oleh Jill Biden di California.

Selain Rosé, tetamu lain yang turut terlibat dalam perbincangan tersebut adalah Dr Wan Azizah, ketua pegawai eksekutif Apple Tim Cook, First Lady of South Korea Kim Keon-hee dan ramai lagi.

Semasa sesi perbincangan, idola itu bercakap tentang tekanan apabila sentiasa menjadi perhatian umum tambahan pula dengan jumlah pengikut yang ramai di media sosial,

Saya berasa seperti beberapa perkara yang saya lakukan tidak pernah cukup dan tidak kira betapa sukarnya saya bekerja untuk sesuatu, akan sentiasa ada seseorang yang mempunyai pendapat mereka sendiri atau suka mengawal naratif dan apabila itu berlaku, saya rasa sunyi.

Kemudian, isteri kepada Perdana Menteri Malaysia iaitu Dr Wan Azizah turut menyatakan pendapatnya,

Terdapat juga perkara tentang teknologi, awak tidak boleh sentiasa bergantung padanya. Mesti ada beberapa pilihan lain dan itu adalah sentuhan manusia. Sebab saya rasa kita hidup dalam dunia maya, yang awak nak tunjuk hidup awak sempurna, awak ambil gambar dan senyum tapi jauh di dalam hati awak menangis.

Respon Rosé yang bersetuju dengan kenyataan tersebut,

Saya tidak fikir ianya dinormalisasi untuk kita bercakap tentang perasaan kita dari semasa ke semasa dan ia normal untuk tidak sentiasa berasa baik.

Dengan ini, Rosé telah membuktikan dirinya sebagai seorang selebriti berpengaruh, apabila dijemput sebagai salah seorang tetamu untuk acara berprestij berkenaan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...