2PM telah berjaya membuktikan populariti mereka yang masih belum pudar!
BACA: “Saya Dah 17 Tahun Berlakon Tapi Ramai Masih Tak Kenal Saya” – Chansung 2PM
Terbaru, 2PM dilapor telah berjaya menjual semua tiket untuk konsert ulang tahun ke-15 mereka akan datang “It’s 2PM”, yang bakal diadakan di Seoul pada 9 dan 10 September nanti.
Untuk pengetahuan, permintaan untuk tiket adalah sangat tinggi sehingga habis terjual pada pra-jualan dan jualan secara terbuka. Selain itu, tempat duduk tambahan yang dibuka juga telah habis dijual dalam sekelip mata.
Khususnya, ini merupakan konsert solo pertama 2PM dalam tempoh enam tahun sejak konsert mereka “6 Nights” pada 2017.
Selepas Seoul, kumpulan 6 ahli itu akan menemui peminat di Arena Ariake di Tokyo, Jepun pada 7 dan 8 Oktober nanti sebagai sebahagian daripada jelajah “It’s 2PM”.
Datang Malaysia juga please!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.