Ikuti Kami:

Bukan Woo Dohwan, Ini Sebab Lee Dohyun & Kwak Dongyeon Tolak Tawaran Terajui ‘Bloodhounds’

Bukan Woo Dohwan, Ini Sebab Lee Dohyun & Kwak Dongyeon Tolak Tawaran Terajui ‘Bloodhounds’

Dek kejayaan “Bloodhounds” di Netflix kini, ramai yang mula bercerita mengenai barisan pelakon sebenar yang sepatutnya menerajui siri ini.

Semasa sedang sibuk dengan tawaran dua drama lain, Lee Do-hyun sebenarnya menerima tawaran untuk berlakon siri Netflix ini. Walau bagaimanapun, dek pujukan penulis “The Glory”, lelaki itu memilih untuk membintangi siri balas dendam tersebut.

Disebabkan itu, peluang ini membantu membawa nama Woo Do-hwan ke peringkat global apabila dia menggantikan tempat yang sepatutnya diberikan buat Lee Do-hyun. Kini, siri itu menduduki tempat yang agak tinggi dalam ranking Netflix Global.

Bahkan Lee Do-hyun turut berjaya menempa nama dalam beberapa drama iaitu “The Glory” dan “The Good Bad Mother”.

lee dohyun kwak dongyeon

Bukan itu sahaja, Kwak Dong-yeon juga dikhabarkan turut menolak tawaran watak yang sama apabila pihak mereka berdua tidak mencapai kata sepakat.

Dalam “Bloodhounds”, Woo Do-hwan membawa watak Kim Gun-woo iaitu seorang peninju berbakat namun terpaksa menanam impian ini dek perlu melunaskan hutang ibunya. Pun begitu, dia kemudiannya bersama seorang lagi rakan cuba menumpaskan ceti haram yang mengugut keluarga mereka.

Bayangkan kalau Lee Do-hyun berlakon “Bloodhounds”?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...