Ikuti Kami:

Bukan ‘The Handmaiden’, Naskhah Lakonan Pertama Kim Taeri Ialah Filem Zombi?

Bukan ‘The Handmaiden’, Naskhah Lakonan Pertama Kim Taeri Ialah Filem Zombi?

Popular betul Kim Tae-ri sekarang kerana “Twenty Five, Twenty One” kan?

Meskipun baru berlakon dalam dua drama setakat ini, namun nama pelakon itu sohor di dalam dunia filem Korea. Bahkan filem komersial pertamanya iaitu “The Handmaiden” merupakan tuah yang pasti tidak akan dilupakannya kerana dek naskhah itu, Kim Tae-ri berjaya memenangi anugerah ‘Pelakon Baru Terbaik’ di lapan majlis penganugerahan berbeza.

Tapi kalau anda nak tahu, naskhah pertama yang disertai Kim Tae-ri bukanlah filem arahan Park Chan-wook itu tapi sebenarnya filem pendek bertajuk “Citizen Zombie” pada tahun 2009. Ianya sebelum wanita itu menyertai kumpulan teater selepas tamat kolej bagi merealisasikan impian sebagai pelakon.

kim taeri the handmaiden

Lebih menarik kerana Kim Ta-eri membawa watak zombi di mana ia membawa kisah zombi generasi ketiga yang tidak menyakitkan manusia dan mereka hanya buat persembahan dengan gerak tubuh tanpa sebarang dialog.

Rata-rata peminat kagum melihat kecomelan Kim Tae-ri serta bakat lakonannya pada ketika itu. Malah wanita itu dikatakan turut menyertai proses membuat sari kata dan nekad untuk membawa kucingnya muncul di dalam filem itu.

kim taeri citizen zombie

Nama Kim Tae-ri hanya dikenali selepas “The Handmaiden” dan wanita itu terus menerima pujian ramai menerusi drama “Mr. Sunshine” dan filem seperti “1987”, “Little Forest” dan “Victory”. Bukan sahaja bakat lakonan tetapi kehebatannya memilih projek turut mendapat perhatian semua.

Dalam “Twenty Five, Twenty One” kini, Kim Tae-ri yang sudah berusia 32 tahun mampu membawa watak pelajar sekolah menengah iaitu Kim Hee-do dengan baik.

kim taeri twenty five twenty one

Hebat kan Kim Tae-ri?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...