Baru-baru ini, Shin Hye-sun telah muncul sebagai tetamu dalam saluran YouTube “Jo Hyun Ah’s Thursday Night”, di mana pelakon itu ada berkongsi mengenai pelbagai perkara.
Dalam siaran itu, Shin Hye-sun mendedahkan mengenai ketinggian sebenarnya,
Ia adalah 171.8CM. Ketinggian profil saya sebelum ini ialah 173CM. Ia terlalu tinggi.
Kemudian, pengacara Jo Hyun-ah bertanya,
Kenapa awak tidak bercinta?
Respon pelakon “See You In My 19th Life” itu,
Ini bukan tentang ‘kenapa’ tetapi saya tidak boleh. Saya tak pernah melalui hubungan di mana saya menganggap pasangan lebih penting dari diri sendiri.
Tambahnya lagi,
Ia adalah sesuatu yang saya mahu cuba. Saya cemburu.
Semoga ada pasangan yang baik dan sesuai buat Shin Hye-sun!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.