Ikuti Kami:

Bukan Son Yejin, Kim Sohyun Disahkan Bakal Bawa Watak Utama Drama Bersejarah ‘River Where The Moon Rises’

Bukan Son Yejin, Kim Sohyun Disahkan Bakal Bawa Watak Utama Drama Bersejarah ‘River Where The Moon Rises’

Walaupun Son Ye-jin dikhabarkan bakal membawa watak utama dalam drama “River Where The Moon Rises” (dikenali sebagai “Cut By The Heart” sebelum ini), namun nampaknya ia hanya tinggal kenangan.

Tapi tidak mengapa kerana Kim So-hyun disahkan bakal memegang watak utama drama itu kini. “River Where The Moon Rises” membawa kisah Puteri Pyeonggang yang turut dikenali sebagai Yeom Ga-jin yang bakal dimainkan oleh Kim So-hyun. Dia merupakan seorang wanita yang bercita-cita tinggi dan bermimpi mahu menjadi wanita pertama yang memimpin Goguryeo. Namun apabila berjumpa dengan On Dal, cita-citanya mula goyah kerana emosi baru yang dialaminya.

kim sohyun

Bukan itu sahaja, Kang Ha-neul juga bakal berlakon dalam drama ini bukan sebagai watak utama namun membawa watak ayah On Dal iaitu seorang jeneral. Walaubagaimanapun, wataknya ini penting kepada perkembangan cerita pada awalnya.

“River Where the Moon Rises” akan menemui penonton pada pertengahan awal 2021.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...