Ikuti Kami:

Bukan Ratu Tipikal, Kim Hyesoo Ulas Watak Dalam ‘Under The Queen’s Umbrella’

Bukan Ratu Tipikal, Kim Hyesoo Ulas Watak Dalam ‘Under The Queen’s Umbrella’

Yay! Drama terbaru akan mula bersiaran tidak lama lagi dan paling menarik adalah, Kim Hye-soo merupakan teraju utama!

Baru-baru ini, pelakon Kim Hye-soo berkongsi mengenai wataknya dalam drama lakonannya akan datang, “Under The Queen’s Umbrella”.

Drama ini mengetengahkan sistem pendidikan pada zaman Dinasti Joseon dan turut diikuti dengan konflik membentuk seorang putera hebat dalam kalangan 5 putera dalam istana. kim hyesooKim Hye-soo bakal memegang watak sebagai Im Hwa-ryung, isteri kepada Raja dan juga ibu kepada 5 anak yang bermasalah. Ini menandakan hampir 10 tahun sejak filemnya pada 2013, “The Face Reader”. Kim Hye-soo berkata,

Walaupun watak itu bukan seorang tokoh yang sebenar dalam drama sejarah, watak Hwa Ryung berjaya menambat hati saya. Saya memilih watak dalam drama ini kerana ianya adalah drama sejarah baru, ia mempunyai jalan penceritaan yang baik dan kerana kekuatan watak saya. 

kim hyesooKim Hye-soo turut menambah,

Hwa Ryung ialah seorang wanita yang mempunyai rasa cinta dan watak yang kuat dan merupakan watak yang sentiasa ingin melindungi orang yang disayanginya. 

Dia bukan seperti ‘typical’ ratu yang sentiasa kita lihat dalam drama sejarah biasa. Dia adalah watak yang sentiasa berkelakuan aktif dan jelas menyampaikan niat serta emosinya. 

Menerusi watak itu juga, Kim Hye-soo mempunyai satu kesedaran terbaru.

Saya percaya kekuatan sebenar dalam sebuah lakonan adalah keikhlasan. Ia sama sekali penting dalam setiap watak yang saya bawa terutama sekali watak Hwa Ryung. Saya berlakon sambil memberi tumpuan kepada arah tujuan watak itu. Dia lah yang membawa watak seorang ratu, ibu, dan sebagai seorang wanita secara individual. Memandangkan ini adalah drama sejarah, terdapat had untuk pembezaan visual yang boleh dilakukan.

kim hyesooWah, watak yang mencabar ya kali ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...