Ikuti Kami:

“Bukan Perlumbaan Antara Satu Sama Lain, Sebaliknya Diri Sendiri” R.A.C.E Angkat Kisah PR Industri Korea

“Bukan Perlumbaan Antara Satu Sama Lain, Sebaliknya Diri Sendiri” R.A.C.E Angkat Kisah PR Industri Korea

Satu lagi drama Korea terbaru yang dibintangi oleh Lee Yeon-hee dan Hong Jong-hyun, R.A.C.E kini ditayangkan di laman penstriman OTT Disney+ Hotstar.

Bagi korang yang suka kisah realiti kehidupan pejabat, drama ni memang untuk korang. Ia mengisahkan Park Yoon-jo (Lee Yeon-hee), seorang PR profesional yang kuat bekerja dan bersemangat, tapi satu je dia kurang iaitu kelayakan dari segi pendidikan formal.

Satu hari tanpa sengaja Yoon-jo telah terlibat dalam skandal pengambilan pekerja apabila dia mengetahui pengambilannya hanyalah sebahagian daripada program diversiti, di mana mereka diambil bekerja berdasarkan pengalaman bukan kelayakan. Hal ini telah menyebabkan timbul konflik diantara pihak atasan dan rakan sekerjanya.

Bertekad nak tutup mulut orang sekeliling Yoon-jo bekerja lebih gigih daripada sebelumnya untuk buktikan dia layak ‘duduk’ di tempat dia berada.

Untuk pengetahuan, R.A.C.E turut dibintangi oleh Moon So Ri, Jung Yun, dan Yunho(TVXQ). 

Persaingan Kita Adalah Diri Sendiri

Dalam sidang media yang diadakan baru-baru ini, pengarahnya Lee Dong Yoon berkata drama ini mengisahkan tentang individu yang sedang berlumba dalam perlumbaan mereka sendiri.

“Ia bukan tentang persaingan antara satu sama lain atas sebab tertentu. Ia adalah perlumbaan di mana setiap orang mempunyai kelajuan, langkah dan hala tuju masing-masing”-lEE Dong Yoon

Lebih menarik ini merupakan siri pertama lakonan Lee Yeon-hee dan Hong Jong-hyun yang berlatar belakangkan pekerja pejabat.

Menurut Yeon-hee, apabila dia membaca tentang karakter Yoon-joo, membuatkan dia rasa ingin mewakili pekerja pejabat dalam generasinya. Sebagai persedian kepada watak ini, dia banyak bertanyakan soalan kepada rakan-rakannya yang bekerja di pejabat dan mendengar kisah mereka selain membaca buku tentang dunia PR yang dikongsi oleh pengarah.

Berbeza dengan watak Yeon-hee, Jong Hyun membawakan karakter sebagai Ryu Jae-min, rakan kepada Yoon-joo.

Walaupun dia ni kurang keghairahan dalam bidang PR, tapi dia sentiasa bernasib baik dan merupakan salah satu ‘bintang’ di pejabat.

Bagi kami yang telah menonton 2 episod pertama, genre realisme merupakan satu genre yang ringan dan sangat sesuai ditonton bagi mereka yang inginkan hiburan santai dan inspirasi.

So, kalau minat genre ni dan pelakonnya jangan lupa tune-in R.A.C.E di Disney+ Hotstar setiap Khamis dan Jumaat.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...