Ikuti Kami:

“Bukan Orang Korea Ke?” – Pelakon Baru Dikritik Sebutan & Intonasi Tidak Jelas Dalam ‘High Class’

“Bukan Orang Korea Ke?” – Pelakon Baru Dikritik Sebutan & Intonasi Tidak Jelas Dalam ‘High Class’

Tak kisahlah pelakon baru mahupun lama, sudah pasti penonton mempunyai standard yang tinggi apabila menonton sebarang drama tambahan pula daripada Korea.

Masih baru dalam arena ini, pelakon baru bernama Choi Bo-geun yang juga bekas pelatih idola menerima kritikan ramai kerana dikatakan tidak mempunyai intonasi dan sebutan yang baik dalam drama “High Class”.

Melakonkan watak Lee Jun-mo, iaitu anak Nam Ji-sun (Kim Ji-soo), dia membawa karakter seorang pelajar sekolah menengah yang memberontak terhadap ibunya selain membenci kehidupan selepas wanita itu berkahwin lain.

Dalam episod pertama drama ini, Lee Jun-mo dilihat tidak mengendahkan ibunya dalam satu babak sebelum mula melawan kerana orang tua itu yang asyik bertanyakan perihal di sekolah. Menggunakan kata-kata sinis dan tajam bagi meluahkan perasaannya, walaubagaimanapun penonton mempersoalkan cara sebutan dialognya yang tidak jelas lantas mengganggu konsentrasi mereka.

Kata mereka:

Saya tidak pernah nampak orang yang berlakon buruk macam ini.

 

Saya boleh cakap dengan lebih baik daripadanya walaupun memakai pendakap gigi.

 

Dia warga asing ke?

 

Terkejut kerana Kim Ji-soo tak cakap ‘Apa?!’ apabila dia mula bercakap.

 

Adakah mereka ambil ‘Google translate’ sebagai pelakon?

 

Dia macam pelajar di sekolah yang menggumam perkataan apabila diminta membaca buku teks.

 

Dia orang Korea ke??

Diterajui oleh pelakon hebat seperti Jo Yeo-jung, Kim Ji-soo, Gong Hyun-joo dan lain-lain, sudah pasti lebih jelas kelihatan sekiranya ada yang melakukan kesalahan.

Sekadar pengetahuan, Choi Bo-geun ialah pelakon baru di bawah agensi naungan Kim Soo-hyun iaitu Gold Medalist dan “High Class” ialah drama pertama lakonannya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...