Ikuti Kami:

Bukan Kim Soohyun & Seo Yeji, Oh Jungse Dipuji Beri Sinar & Hidupkan ‘It’s Okay To Not Be Okay’

Bukan Kim Soohyun & Seo Yeji, Oh Jungse Dipuji Beri Sinar & Hidupkan ‘It’s Okay To Not Be Okay’

“It’s Okay To Not Be Okay” ternyata merupakan sebuah naskhah yang mampu membangkitkan pelbagai emosi setiap penontonnya. Sekejap ketawa, sekejap menangis, sekejap geram, lantas membuktikan bahawa drama ini ditaburkan dengan rencah yang secukupnya.

Meskipun drama ini mula mendapat perhatian ramai kerana ialah naskhah pertama lakonan Kim Soo-hyun selepas pulang daripada latihan khidmat ketenteraan, namun barisan pelakon yang lain turut berjaya menghidupkan plot drama ini. Malahan nama Seo Ye-ji kini sering meniti di bibir peminat K-Drama kerana kehebatannya membawa watak Ko Mun-yeong yang unik dan lain daripada karakter heroin yang sering ditonjolkan dalam drama lain.

pengajaran it's okay to not be okay

Pun begitu, tak dapat dinafikan bahawa watak paling bersinar dalam “It’s Okay To Not Be Okay” ialah Moon Sang-tae yang dilakonkan oleh Oh Jung-se. Terbukti bahawa lelaki ini merupakan pelakon yang hebat kerana mampu membawa watak yang mengalami masalah dalam spektrum autisme dengan baik sekali sehingga penonton turut bersimpati dengan nasib dirinya.

Pembawaan wataknya itu juga langsung tak nampak melebih-lebih dan tampil realistik seperti individu yang benar-benar mengalami masalah kesihatan tersebut. Walaupun ada kala Sang-tae kelihatan seperti kanak-kanak tetapi apabila dia mula melukis, lelaki itu menunjukkan personalitinya yang teliti dan lembut.

oh jungse it's okay to not be okay

Daripada melalui traumanya mengenai ‘rama-rama’ sehingga pulih akhirnya, penonton turut beremosi melihat perkembangan dirinya. Sampaikan Sang-tae kuat untuk hidup berdikari tanpa bantuan adiknya, Gang-tae lagi. Kesemua ekspresi wajah dan pergerakan badan yang ditonjolkan oleh Oh Jung-se ternyata berjaya menghidupkan watak tersebut tanpa cela.

oh jungse it's okay to not be okay

Oh Jung-se mungkin baru dikenali kini namun dia telah membawa pelbagai watak mencabar dalam “When The Camellia Blooms”, “Hot Stove League”, “The Good Detective” dan banyak lagi.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...