Ikuti Kami:

Bukan Kim Sejeong, Ini Pelakon Dilamar Jadi Heroin ‘A Business Proposal’ Pada Asalnya

Bukan Kim Sejeong, Ini Pelakon Dilamar Jadi Heroin ‘A Business Proposal’ Pada Asalnya

“A Business Proposal” merupakan antara drama Korea yang menjadi ikutan ramai kini kan?

Dek lakonan mantap Kim Se-jeong sebagai Shin Ha-ri, siri itu berjaya meraih populariti dalam kalangan penonton dalam dan luar negara. Malah idola itu mampu menjiwai watak tersebut sama seperti apa yang dipaparkan dalam webtoon asalnya.

Tapi anda tahu tak bahawa watak ini pada asalnya ditawarkan buat pelakon Jo Bo-ah? Walau bagaimanapun, pelakon wanita itu yang pada asalnya mengakui sedang meneliti tawaran itu akhirnya menolak tanpa memberikan penjelasan yang pasti.

kim sejeong

Pun begitu, sepertinya peluang ini membantu Kim Se-jeong untuk membuktikan bahawa dia merupakan seorang pelakon yang versatil. Malah dia mampu melenyapkan imej ‘tough’ dalam “The Uncanny Counter” dengan lakonan memukau sebagai Shin Ha-ri yang ceria dan ‘masuk air’.

Bagi Jo Bo-ah pula, wanita itu kini menunjukan persembahan yang hebat sebagai Cha Woo-in iaitu seorang tentera perisik di dalam “Military Prosecutor Doberman”. Malah watak tegas yang dibawanya menerima pujian ramai meskipun dia sering menerima kritikan sebelum ini.

jo boah

Sepertinya Kim Se-jeong dan Jo Bo-ah menemui projek yang sesuai mengikut kemampuan mereka selain berjaya menghidupkan kedua-dua watak yang berbeza genre tersebut dengan baik sekali.

Bahkan “A Business Proposal” dan “Military Prosecutor Doberman” menunjukkan prestasi yang menakjubkan meskipun ditayangkan dalam slot yang sama pada Isnin dan Selasa. Tak cukup dengan itu, keduanya meraih rating yang memuaskan selepas beberapa episod ditayangkan.

Apa pun, Kim Se-jeong dan Jo Bo-ah keduanya hebat dalam kedua-dua drama ini kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...