Sejak hanya tinggal 7 ahli, sepertinya khabar angin “Running Man” bakal menambah ahli baru pastinya akan berterbangan pada saban bulan.

Terbaru, dalam sedutan akan datang episod program itu, mereka bakal menjalani satu misi misteri di mana kesemua ahli perlu menjadi detektif dan menyelesaikan satu kes misteri yang berlaku.
Namun apa yang menarik perhatian penonton ialah kelibat tetamu untuk episod itu iaitu pelakon Kang Hoon di mana ini merupakan penyertaan ketiga lelaki itu di dalam program berkenaan. Malah rata-rata ahli seperti Yoo Jae-suk dan Kim Jong-kook sering memuji sikap ‘cemerkap’nya.
Komen penonton, “Seronoknya, Kang Hoon jadi tetamu”, “Okay juga kalau dia jadi ahli baru” dan banyak lagi.
Apa kata korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.