Ikuti Kami:

Bukan Hanya Muncul Di Kaca TV, 6 Artis Ini Kongsi ‘Vlog’ Di YouTube

Bukan Hanya Muncul Di Kaca TV, 6 Artis Ini Kongsi ‘Vlog’ Di YouTube

Selain daripada sibuk dengan kerjaya di hadapan kamera, selebriti Korea juga perlu bahagikan masa untuk diri sendiri.

Ini 6 selebriti yang mempunyai saluran YouTube dan berkongsi kehidupan harian mereka di situ.

Lee Hyeri

Selebriti wanita Korea ini sangat berbakat kerana bukan sahaja boleh berlakon dia juga merupakan seorang penyanyi dari kumpulan K-Pop Girl’s Day. Apa yang membuatkan vlog dia begitu istimewa ialah kerana dia sangat bertenaga walaupun baru bangun dari tidur. Walaupun menjadi salah satu bintang terbesar dalam industri hiburan Korea. Lee Hye-ri kini mempunyai 1.53 juta pelanggan setakat September 2023.

Park Seojoon 

Pada Jun 2020, Park Seo-joon telah meraih 1 juta pelanggan di YouTube dan menerima ‘Gold Play Button’ oleh YouTube.

Shin Sekyung

Daripada resipi makanan dan vlog istimewa kepada suara latar yang menenangkan seperti ASMR, akaun YouTube Shin Se-kyung menghiburkan dan menarik perhatian penonton. Ia seperti sedang menonton vlog kawan-kawan kerana dia pandai berborak di hadapan kamera. Akaun YouTube Shin Se-kyung kini mempunyai 1.33 juta pelanggan.

Choi Sooyoung

Choi Soo-young boleh dikatakan tidak teragak-agak untuk menunjukkan dirinya yang sebenar di akaun YouTube. Dia merupakan artis yang sangat berbakat, bermotivasi dan memberi inspirasi kepada orang lain untuk menjadi versi terbaik. Sehingga September 2023, Choi Soo-young mempunyai pelanggan sebanyak 500 ribu orang.

Solar Mamamoo 

Kandungan dalam YouTube Solar Mamamoo ini benar-benar spontan dan kelakar seperti cabaran ‘Try Not To Laugh’ , video Mukbang dan sesi Soal Jawab peribadi. Korang juga boleh melihat kandungan lain seperti di sebalik tabir Solar di tempat kerja, cover lagu, menari serta menemu bual selebriti lain.

IU 

Selain daripada menjadi seorang pelakon dan menyanyi, IU juga mempunyai saluran YouTube sendiri. Kebiasaanya dia akan memuat naik video berkaitan dengan kehidupan seharian atau tentang belakang tadbir drama dan konsert yang dia hadiri.

Lee Seunggi

Apa yang menariknya di YouTube milik Lee Seung-gi ini ialah dia selalu muat naik video menyanyi. Suaranya yang merdu itu membuatkan penonton cair. Selain itu, Lee Seung-gi akan merakam saat terindah ketika dia sedang bercuti seterusnya memuat naik video itu di laman YouTube.

Nanti ada waktu lapang, tontonlah video mereka.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...