“Newtopia” memulakan tayangan dengan goyah, disebabkan oleh lakonan tidak stabil Jisoo BLACKINK Jisoo dan plot yang longgar.
Siri baharu OTT Coupang Play itu yang ditayangkan kelmarin, menjanjikan kelahiran genre K-zombie yang unik. Ia mengisahkan pasangan tentera yang lambat berkhidmat, Lee Jae-yoon (Park Jung-min) dan kekasihnya yang setia menunggu, Kang Young-joo (Jisoo), berlari ke arah satu sama lain merentasi bandar Seoul yang diserang zombi.
Sebagai lakonan kedua Jisoo selepas “Showdrop”, sudah pasti ramai yang menantikan bakat yang bakal ditonjolkan meskipun dia dikritik dahulu dek gaya lakonan yang canggung dan kaku.
Malangnya, Jisoo masih kelihatan mempamerkan lakonan yang agak tidak stabil dan sukar ditebak penonton. Walaupun terdapat peningkatan ketara berbanding lakonannya yang terdahulu, dia belum benar-benar memberikan keyakinan sebagai watak utama yang sepatutnya menjadi tonggak utama siri ini.
Sebenarnya, kekangan utama “Newtopia” terletak pada jalan cerita yang longgar pada episod pertama. Siri ini mengambil pendekatan yang berbeza daripada siri popular lain yang memulakan episod pertama dengan perkembangan pantas.
Walaupun tidak perlu mengikut trend semasa, masalah siri ini adalah kegagalan untuk menonjolkan keunikan zombi atau komedi dalam episod pertamanya. Kekurangan kadar jenaka yang tepat menjadikan watak-wataknya tampak tidak menyenangkan. Lebih-lebih lagi, watak-watak sokongan seperti Ra In-ho (Im Sung-jae) dan Seo Jin-wook (Kang Young-seok) juga menambah rasa kekok kepada keseluruhan episod.
“Newtopia” mula memperkenalkan elemen zombi sebenar dalam episod kedua, dengan plot yang lebih cepat. Namun, masih belum pasti sama ada siri ini dapat mengekalkan momentum untuk menonjolkan keunikan K-Zombie.
Enam lagi episod ‘Newtopia’ akan disiarkan setiap hari Jumaat pada pukul 8 malam.
Apa kata korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.