Ramai betul yang terpersona dengan lakonan hebat yang ditonjolkan oleh Lee Do-hyun dalam drama “18 Again”.
Drama ini yang diadaptasi daripada filem Amerika “17 Again” membawa kisah seorang lelaki yang diambang penceraian tiba-tiba kembali semula dalam badannya ketika berusia 18 tahun. Yoon Sang-hyun membawa watak Hong Dae-young versi dewasa manakala Lee Do-hyun pula membawa watak yang sama tetapi versi remaja dan menggunakan nama Go Woo-young.
Selepas beberapa episod ditayangkan, penonton nampaknya tertarik dengan mesej mengenai kasih sayang keluarga yang diselitkan di dalam drama ini. Paling penting ialah melihatkan Hong Dae-young yang terpaksa memikul beban sebagai ayah pada usia 18 tahun dan dalam masa yang sama dalam diam, turut menjaga anak-anaknya apabila duduk dalam kelas yang sama.
[Amaran SPOILER]
Lihat saja 3 babak beremosi dalam drama ini apabila ia melibatkan hal anak kembarnya:
1. “Ayah minta maaf sangat.”
Semasa Jung Da-jung (Kim Ha-neul) hamil dahulu, ayah Hong Dae-young ada menasihatkan anak lelakinya bahawa berkahwin ketika masih bersekolah akan merosakkan masa depan wanita tersebut lantas membuatkan dia teragak-agak untuk terus menyimpan bayi mereka. Pun begitu, selepas kekasihnya itu memberitahau bahawa dia tidak dpaat merasai degupan jantung anak mereka, lelaki itu mula menangis teresak-esak sehingga membuatkan penonton turut menangis sekali.
Ayah minta maaf, ayah buat silap. Ayah minta maaf sangat.
Walaubagaimanapun selepas jantung kembar mereka kembali berdegup, dapat didengari kejujurannya menerusi penceritaan babak ini,
Kehidupan sentiasa meletakkan beban kepada apa yang penting. Walaupun beban tersebut membuatkan kita melepaskan banyak benda namun tiada apa yang lebih penting daripada bayi ini. Sebab itu kami memilih untuk menjadi ibu bapa.
2. Berkorban semasa hari hujan
Dalam masa lepas ketika hujan turun dengan lebatnya, Hong Dae-young telah pergi mengambil anak kembarnya di tadika.
Anda boleh melihat saiz kasih sayang seseorang semasa hujan turun. Walaupun anda menggunakan payung bersama-sama, awak boleh melihat besar kasih sayang seseorang daripada kecerunan payung tersebut.
Dalam babak tersebut, Hong Dae-young hanya membiarkan dirinya dibasahi hujan sambil melindungi anak kembarnya dengan payung tersebut. Babak itu kemudiannya diselang dengan situasi ketika anak perempuannya, Si-ah di sekolah. Gambaran berat kasih sayang dengan kecerunan payung itu nyata menyentuh hati penonton dek cinta si ayah yang penuh untuk anak-anaknya.
3. Menjaga anaknya yang sakit, dulu sehingga sekarang
Apabila Si-ah pengsan dek kekejangan perut disebabkan oleh stres, Go Woo-young terus membawa anaknya di belakang badan dan berlari selaju yang mungkin. Malah dia langsung tak lepas pandang kerana rasa risau yang melampau.
Ketika melihat seorang ibu yang memegang bayinya yang risau dan berasa kasihan, dia mula teringat mengenai dirinya dahulu apabila membawa Si-ah ke hospital semasa dia sakit. Langsung tidak tahu untuk berbuat apa, ayah muda itu hanya mampu menangis dan berkata,
Ayah minta maaf.
Tak kisah sama ada sewaktu dia muda atau pun tua, Hong Dae-young tetap berasa tak tentu arah apabila anaknya jatuh sakit. Semakin bertambah tisu yang digunakan oleh penonton dek babak menusuk jiwa ini.
Walaupun dipasarkan sebagai drama komedi namun “18 Again” sebenarnya dipenuhi dengan pelbagai babak kekeluargaan yang menyentuh perasaan. Kasih sayang seorang ayah itu memang tiada gantinya!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.