Ikuti Kami:

Bukan Biasa-Biasa, Ini 5 Idola K-Pop Punyai Bakat ‘Power’ Menari Balet

Bukan Biasa-Biasa, Ini 5 Idola K-Pop Punyai Bakat ‘Power’ Menari Balet

Hampir semua idola K-Pop sangat berbakat dalam bidang tarian.

Baca perkongsian KimchiDaily di bawah tentang 5 idola K-Pop yang sangat berbakat dalam tarian balet.

Jimin BTS

Semasa berada di Busan High School Of Arts, Ji-min sangat aktif dalam pelbagai kelas tarian termasuklah tarian balet. Jadi, tidak hairanlah kalau Ji-min boleh menari balet tanpa nampak kekok.

Kai EXO

Sejak kecil lagi ahli kumpulan EXO ini meminati dan terjebak dengan pelbagai jenis tarian. Selepas itu, semasa berumur 8 tahun, Kai mula belajar tarian balet kerana terinspirasi dengan rancangan TV “The Nutcracker”.

Bang Chan STRAY KIDS

Idola lelaki ini pernah menyertai sebuah kelab tarian balet semasa menjadi pelajar di Newtown High School Of The Performing Arts.

Mina TWICE

Mina TWICE sangat terkenal dengan kebolehan luar biasa tarian balet. Sebelum berpindah ke Korea untuk menjadi idola, dia merupakan pelajar sepenuh masa dalam bidang tarian balet di Takarazuka, Hyōgo. Selama 11 tahun dia menceburi bidang ini dan berhenti kerana telah graduasi pada tahun 2013.

Namjoo APINK 

Pada tahun 2016, Nam-joo APINK menunjukkan kepada peminat bahawa dia sangat berbakat dalam tarian balet. Nam-joo menunjukkan kemahirannya di “Pink Party” apabila dia melakukan rutin balet sebagai pengenalan kepada lagu Britney Spears ‘Toxic’.

Hebat sungguh dorang ni!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...