Ikuti Kami:

Buka Agensi Sendiri, Lisa BP Dikritik Terlalu Yakin & Sombong Dek Penggunaan Ayat Ini?

Buka Agensi Sendiri, Lisa BP Dikritik Terlalu Yakin & Sombong Dek Penggunaan Ayat Ini?

Baru-baru ini, Lisa dari BLACKPINK mendedahkan label peribadinya LLOUD, yang akan bertanggungjawab atas aktiviti solo idola wanita tersebut.

Walaupun kebanyakan peminat meluahkan rasa teruja namun timbul satu isu yang tidak dijangka yang menerima kritikan ramai. Khususnya, dalam laman web rasmi LLOUD, terdapat ayat yang menggambarkan Lisa, seperti berikut,

Lisa, yang terkenal sebagai ahli BLACKPINK, impak globalnya dalam muzik dan fesyen lebih melangkaui kumpulan itu.

Memegang beberapa rekod dunia Guinness, pencapaian Lisa langsung tidak dapat disaingi. Beliau adalah artis solo wanita pertama dalam K-pop yang memenangi ‘Artis K-pop Terbaik’ di Anugerah Video Muzik MTV dan Anugerah Muzik Eropah serta yang pertama melepasi satu bilion penstriman Spotify.

Terus-menerus melangkaui batasan, perjalanan kerjaya Lisa adalah bukti kepada pengaruhnya dalam dunia hiburan global yang sentiasa berubah.

lisa lloud

Sepertinya netizen terlalu cuba mencari kesalahan dalam huraian perenggan berkenaan dan menjelaskan bahawa impak idola itu dalam muzik dan fesyen sangat mengagumkan, tapi tidaklah hingga melebihi jenama ‘BLACKPINK’ sendiri.

Bahkan ada yang turut mempersoalkan frasa ayat ‘tidak dapat ditandingi’ kerana ramai yang mengatakan bahawa masih banyak lagi nama popular yang berada di atas seperti BTS.

Akibatnya, ramai yang menganggap kenyataan Lisa ini sebagai ‘sombong’ dan meminta idola wanita tersebut supaya merendahkan sedikit tahap keyakinannya. Beberapa orang bahkan membandingkan hal ini dengan ayat Jennie semasa memperkenalkan label peribadinya, ODD ATELIER.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by LISA (@lalalalisa_m)

Laman web ODD ATELIER hanya menggambarkan Jennie sebagai ‘salah satu’ artis yang paling berpengaruh pada era ini, dengan mengekalkan nada yang rendah hati tanpa perkataan yang dibesar-besarkan seperti ‘melampaui’ dan ‘tidak dapat disaingi’.

Tapi, memang Lisa berpengaruh kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...