Ikuti Kami:

Buat Tart Bersama, Peminat Teruja Lihat Persahabatan Comel Rosé BP & Kim Goeun!

Buat Tart Bersama, Peminat Teruja Lihat Persahabatan Comel Rosé BP & Kim Goeun!

Pelakon Kim Go-eun dan Rosé BLACKPINK baru-baru ini berkongsi foto comel pertemuan mereka di Instagram!

Pada 13 Disember, Rosé dan Kim Go-eun menggunakan akaun Instagram peribadi mereka untuk berkongsi foto mereka menikmati tart strawberi bersama. Kim Go-eun menulis dalam kapsyennya,

Dengan Chae-young ♥ (nama Korea Rosé).

Dalam foto, mereka berdua memakai apron yang tertera ‘Crémage’. ‘Crémage’ ialah studio pastri di mana orang ramai boleh mengikuti kelas memasak. Studio tersebut pada masa ini menawarkan kelas tart strawberi, dan nampaknya kedua-dua mereka belajar cara membuat pencuci mulut yang lazat ini bersama-sama!

blackpink rosé & kim goeun

Kemudian, Kim Go-eun berkongsi foto rantai di Instagram Storynya dan menandakan Rosé dalam foto itu. Dia meletakkan pelekat mengucapkan “terima kasih” pada foto itu dan meletakkan hati putih dengan nama Rosé. Mesej terima kasihnya kepada Rosé, menunjukkan bahawa Rosé memberinya rantai yang comel itu.

Interaksi antara Rosé dan Kim Go-eun amat menggembirakan kerana peminat sudah melihat sekilas persahabatan mereka, ketika mereka mengenali antara satu sama lain semasa penggambaran rancangan “Sea of ​​Hope”.

Comelnya kedua mereka!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...