Baru-baru ini, ILLIT telah membuat kemunculan semula dengan album mini kedua mereka “I’ll Like You”, beserta judul lagu “Cherish (My Love)”.
Dengan lagu itu yang mendapat sambutan, kumpulan itu juga telah melancarkan muzik video untuk lagu mereka yang lain dalam album tersebut berjudul “Tick-Tack”.
Bukan itu sahaja, mereka juga akan mengeluarkan versi Korea untuk lagu itu bertajuk “Baby, It’s Both”, turut menampilkan penyanyi Amerika Popular, Ava Max.
and so Wonhee is 17 and Iroha is 16 🫤🫤🫤 the one is singing about “You wanna make me scream, you’re so good at that…” and the other one ” gotta gotta touch you now…” well… https://t.co/UpbM10f4ck
— heraxel (@onlyforblinks1) November 26, 2024
Berikutan pelancaran “Baby, It’s Both”, netizen rata-rata mempersoalkan lirik lagu itu dengan ramai berpendapat ianya mempunyai unsur lucah, dianggap tidak sesuai untuk ahli yang masih bawah umur.
Khususnya, ada lirik yang berbunyi,
Oh, awak nak buat saya jerit,
Awak sangat bagus dalam hal itu,
Nak tarik awak rapat,
Dan kemudian menolak awak ke belakang.
Oleh sebab itu, peminat menggesa agar HYBE lebih prihatin dalam aspek ini, bagi menjaga nama baik ILLIT.