Ikuti Kami:

Buat Ramai Ketawa, Video Jennie BP Hampir Mencarut Dalam ‘Apartment 404’ Tular Kini

Buat Ramai Ketawa, Video Jennie BP Hampir Mencarut Dalam ‘Apartment 404’ Tular Kini

Tak lama lagi, penonton akan dapat lihat kekecohan ahli dalam program baru iaitu “Apartmen 404”!

Untuk pengetahuan, “Apartment 404” yang menampilkan Yoo Jae-suk, Cha Tae-hyun, Oh Na-ra, Yang Se-chan, Jennie BLACKPINK dan Lee Jung-ha, akan mengikuti ahli yang menemui rahsia tersembunyi di sebuah pangsapuri yang mencurigakan dan mula jumpa petunjuk satu persatu.

Selain itu, dalam video trailer baru yang dikeluarkan, satu adegan di mana Jennie hampir mencarut dalam bahasa Korea telah tular di laman X kini, dengan lebih 600 ribu tontonan.

Khususnya, reaksi terkejut wanita itu telah menarik perhatian dan meraih pujian ramai dengan kebolehannya untuk menghiburkan penonton dalam rancangan hiburan.

Antara komen yang ditulis,

Dia sangat comel, seperti kanak-kanak.

 

Ekspresinya dalam rancangan itu akan menjadi meme popular tak lama lagi.

 

Jennie akan menjadi ‘ratu meme’ program tu.

 

Reaksi dia begitu comel.

Sementara itu, “Apartment 404” akan mula ditayangkan pada 23 Februari ini, menerusi tvN dan Prime Video.

Jangan lupa tonton!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily  untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...