Ikuti Kami:

Buat Perasaan Penonton Turun Naik, Episod Awal ‘Thirty, Nine’ Catat Rating Tinggi

Buat Perasaan Penonton Turun Naik, Episod Awal ‘Thirty, Nine’ Catat Rating Tinggi

Makin banyak drama best yang ditayangkan sekarang kan? Antaranya ialah drama “Thirty, Nine” di JTBC.

Sinopsis

Cerita kehidupan dan drama romantik yang menekankan kisah persahabatan dan cinta tiga orang sahabat yang bakal mencecah usia 40-an. Satu kebetulan ketika sekolah menengah membawa ketiga mereka sebagai sahabat baik sehingga kini.

Gembira dan duka

[Amaran SPOILER]

Semuanya pasti terpempan apabila melihat “Thirty, Nine” bermula dengan babak di gereja bagi menghadiri kematian seseorang. Dipasarkan sebagai sesuatu yang menggembirakan, pembukaan drama ini nyata membuatkan penonton tertanya-tanya apa yang akan berlaku di akhir nanti.

Selepas itu, penonton disajikan dengan dinamik hubungan ketiga-tiga watak utama di mana Cha Mi-jo (Son Ye-jin) merupakan seorang pakar dermatologi dan sedang berbunga-bunga dek kehadiran doktor baru, Kim Seon-u (Yeon Woo-jin). Jung Chan-young (Jeon Mi-do) pula menghadapi krisis perhubungan dek cinta terlarang bersama suami orang, Kim Jin-seok (Lee Moo-saeng). Manakala Jang Joo-hee (Kim Ji-hyun) merupakan wanita berusia 39 tahun yang langsung tidak pernah bercinta dan tenggelam dengan dunia fantasi percintaan menerusi drama.

jtbc thirty nine

Hubungan yang rapat dan utuh antara ketiga-tiga wanita itu nyata membuatkan penonton tersenyum melihatnya. Kan best kalau kita semua ada kumpulan rakan seperti mereka?

Namun langit tak sentiasa cerah, penonton dikejutkan di akhir episod kedua apabila Jung Chan-young didedahkan mati pada akhirnya, sekaligus babak berulang seperti di awal episod pertama iaitu kesemua watak utama lain menghadiri pengebumiannya.

Melihatkan drama ini, rasanya ramai yang tidak menyangka bahawa “Thirty, Nine” akan membawa suka dan duka buat semua. Apa yang akan mereka lalui nanti agaknya?

jtbc thirty nine

Rating tinggi

Selepas JTBC mengalami ‘slump’ dek beberapa drama di bawahnya yang menunjukkan prestasi rating yang buruk sejak kebelakangan ini, nampaknya “Thirty, Nine” merupakan sinar buat stesen berkenaan.

Untuk episod pertamanya, drama kehidupan ini mencatatkan rating memuaskan iaitu 4.406%. Bahkan ia menunjukkan peningkatan yang ketara apabila angka itu melompat kepada 5.076% semasa episod keduanya.

Memang best kan drama ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...