Ikuti Kami:

Buat Penonton Menangis Dari Awal, ‘If You Wish Upon Me’ Bermula Dengan Rating Baik

Buat Penonton Menangis Dari Awal, ‘If You Wish Upon Me’ Bermula Dengan Rating Baik

Siapa yang sukakan drama penyembuhan, pastinya dah menonton “If You Wish Upon Me” di KBS kan?

Sinopsis

Kisah menyentuh hati ini membawa kisah seorang lelaki muda yang ditolak ke hadnya kerana kesusahan hidup dan diminta ke pusat jagaan hospis oleh perkhidmatan komuniti dan menyertai kakitangan hospital, untuk memastikan impian para pesakit menjadi kenyataan di penghujung hidup mereka.

Ada kelembutan di sebalik kebengisan

[Amaran SPOILER]

Yoon Gyeo-rae nyata tidak mampu lari dari kisah silamnya apabila dikejar oleh rakan gangster dahulu meskipun baru dibebaskan dari penjara. Semasa melarikan diri, lelaki tersebut terserempak dengan Kang Tae-shik hingga menyebabkan dia tercedera.

kbs if you wish upon me

Tahu bahawa Yoon Gyeo-rae memerlukan panduan hidup, Kang Tae-shik meminta hukuman lelaki gangster itu diringankan dengan menjalani khidmat komuniti di Pusat Jagaan Hospis Woori di mana dia bertugas untuk menjaga pesakit yang tiada peluang untuk sembuh.

Walaupun pertemuan pertama kali bersama Pasukan Genie bermula dengan buruk kerana sikapnya yang suka menjauhkan diri, namun Yoon Gyeo-rae terbukti mempunyai hati yang lembut kerana sanggup merealisasikan impian seorang tua yang sudah sampai waktu akhirnya.

Rating baik

Untuk drama baru, “If You Wish Upon Me” mencapai prestasi memberangsangkan apabila mearih rating sebanyak 3.6% untuk episod pertamanya. Meskipun menurun ke 3% ketika siaran seterusnya namun rata-rata penonton memuji plot siri itu yang mampu menyentuh hati ramai selain lakonan hebat dari Ji Chang-wook, Sooyoung Girls’ Generation dan Sung Doong-il.

kbs if you wish upon me

Bagi sesiapa yang belum menonton, korang boleh saksikan episod baru “If You Wish Upon Me” di VIU.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...