Ikuti Kami:

Buat Penonton Melekat di Kaca TV, 7 K-Drama Ini Raih Rating Tinggi Untuk Tahun 2023

Buat Penonton Melekat di Kaca TV, 7 K-Drama Ini Raih Rating Tinggi Untuk Tahun 2023

Tidak lama lagi kita akan masuk tahun baru.

Perkongsian KimchiDaily kali ini adalah tentang 7 K-Drama popular, raih rating tertinggi sepanjang tayangannya pada tahun ini.

King The Land

“King The Land” membawa kisah Gu Won, seorang pewaris kaya yang tak sukakan senyuman mula menanam perasaan pada wanita biasa, Cheon Sa-rang yang sentiasa tersenyum.

Drama ini telah meraih rating sebanyak 13.8% di mana ia merupakan rekod tertinggi pernah dicatatkan olehnya sepanjang tayangan. Malah ia menaik hampir 1.9% dari episod sebelumnya.

Behind Your Touch

K-Drama ini membawa kisah seorang veterinar di kawasan perkempungan pertanian Mujin yang tiba-tiba mendapat kuasa untuk melihat masa lalu hidupan apabila memegang punggung mereka dan seorang detektif yang memerlukan bantuan luar biasa wanita itu untuk mencari penjenayah.

“Behind Your Touch” berjaya meraih rating tertinggi sepanjang tayangan dengan rekod 9.6%.

The Good Bad Mother

“The Good Bad Mother” adalah drama menyentuh hati, yang mengisahkan tentang ibu dan anak yang mencari kebahagiaan sejati, membuatkan penonton ketawa serta menitiskan air mata. Choi Kang-ho dipaksa belajar dan ‘dibasuh’ oleh ibunya agar menjadi pendakwa raya supaya dapat mencapai keadilan. Bukan itu sahaja, lelaki itu terpaksa membesar dengan ajaran yang keras lantas membuatkan hatinya kian lama kian membenci ibu yang tiada empati dan kasih sayang.

Disebabkan oleh kepopularitian “The Good Bad Mother”, episod akhirnya berjaya meraih rating terbaik sepanjang tayangan dengan rekod 12%. Malah ia mencatatkan rekod terbaik bagi slot tayangan Rabu-Khamis dalam sejarah JTBC.

Destined With You

“Destined With You” ialah drama percintaan di mana Rowoon membawa watak peguam Jang Shin-yu, yang bekerja sebagai penasihat undang-undang untuk Dewan Bandaraya Onju. Wataknya akan terjebak dengan sumpahan dari buku yang diturunkan dari Dinasti Joseon.

Menurut Nielsen Korea, drama itu berjaya meraih rating tertinggi sepanjang tayangan iaitu 3.12% ketika tayangan episod akhirnya.

Island 2

Sambungan untuk bahagian pertama, “Island 2” menghubungkan cerita lama naratif hidup setiap watak yang tidak dilihat dalam siri asal hingga ke masa kini akan dirungkai. Kenapa Van dan Gung-tan yang seperti adik-beradik menghalakan pedang ke arah satu sama lain? Sila nantikan juga kisah kehidupan lampau Mi-ho dan hubungan bersama Van dan Gung-tan yang akan diselesaikan pada masa akan datang.

Strong Girl Namsoon

Ia membawa kisah mengenai sepupu Do Bong-soon iaitu Gang Nam-soon bersama dua generasi atasnya iaitu ibu dan neneknya yang menggunakan kekuatan luar biasa mereka bagi menyelesaikan jenayah berkaitan dadah di sekitar Gangnam.

Dengan plot menarik dan kelakar, drama ini meraih rating tertinggi sebanyak 9.8%.

My Dearest

“My Dearest” menceritakan tentang kisah cinta tragis antara Yi Chang-hyun dan Yoo Gil-chae. Ianya berjaya menjadi drama paling popular selama tiga minggu berturut-turut sejak memulakan bahagian kedua ceritanya.

Menurut Nielsen Korea, drama bersejarah itu berjaya merekodkan rating tertinggi sepanjang tayangan dari bahagian pertama hingga kedua dengan angka 12.9%.

Apa K-Drama kesukaan korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...