Ikuti Kami:

Buat Peminat Risau, Ten NCT Jatuh Pentas Semasa Persembahan Di SBS Gayo Daejeon

Buat Peminat Risau, Ten NCT Jatuh Pentas Semasa Persembahan Di SBS Gayo Daejeon

Bahayanya!

Netizen menyatakan kebimbangan mereka yang mendalam selepas GIF yang merakamkan satu insiden yang berlaku terhadap Ten NCT mula tersebar di media sosial.

Rakaman itu menunjukkan Ten secara tidak sengaja terjatuh ke dalam pentas terbuka sejurus sebelum persembahan ‘Baggy Jeans’.

Video itu memaparkan detik apabila Ten tiba-tiba turun ke kawasan lif di mana ahli lain sedang bersiap sedia untuk menyertainya di atas pentas.

Walaupun terkejut, Ten naik semula ke atas pentas dan membuat persembahan seperti tiada apa-apa yang terjadi. Bagaimanapun, kejadian itu menyebabkan peminat bimbang tentang keadaannya.

Selepas persembahan, Ten memberitahu peminat,

Saya ok, jangan risau. Jika saya benar-benar merasakan kesakitan, saya akan memberitahu anda dengan segera. Selamat Hari Krismas, saya sayang semua.

Nasib baik tiada kecederaan serius.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...