Ikuti Kami:

Buat Peminat Risau, Seolhyun AOA Sah Didiagnosis Vertigo

Buat Peminat Risau, Seolhyun AOA Sah Didiagnosis Vertigo

Pada 25 Julai lepas, Seol-hyun AOA telah membuat peminat risau dengan salah satu entri yang ditulisnya di Instagram Story.

Untuk pengetahuan, Seol-hyun bertanya kepada peminat sama ada mereka pernah mengalami perubahan dalam penglihatan mereka. Tulisnya,

Realiti di hadapan saya kelihatan seperti panggilan video pada wi-fi yang tidak stabil. Adakah sesiapa tahu apa ini?

seolhyun aoa

Terbaru pada 26 Julai, pelakon dan idola itu telah menjawab persoalan peminat dengan memberitahu bahawa dia telah didiagnosis dengan ‘benign paroxysmal positional vertigo (BPPV)’. Kongsinya di Instagram Story,

Saya mempunyai BPPV. Sesiapa yang mengalami simptom yang sama seperti saya, pergi berjumpa pakar otolaryngolog.

Bagi yang tidak tahu, BPPV ialah salah satu punca vertigo yang paling biasa iaitu sensasi yang tiba-tiba berputar atau bahagian dalam kepala anda berputar. Seseorang yang mempunyai BPPV mengalami sensasi berputar secara tiba-tiba apabila mereka menggerakkan kepalanya. Gejala mungkin hilang dengan sendirinya dalam masa beberapa minggu atau bulan.

Sesiapa yang ada gejala sama macam Seol-hyun, jangan lupa pergi ‘check’ tau!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...