Ikuti Kami:

Buat Peminat Risau, Jungkook BTS Dedah Sebab Padam Semua Entri Di Instagram Sebelum Ini

Buat Peminat Risau, Jungkook BTS Dedah Sebab Padam Semua Entri Di Instagram Sebelum Ini

Beberapa hari lepas, Jung-kook telah memadam kesemua entri di akaun Instagram peribadi miliknya, membuatkan peminat risau.

Namun sehari kemudian, Jung-kook kembali memuat naik gambar di Instagramnya dan nampaknya, dia sedang merancang untuk menjadikan halaman akaunnya kelihatan lebih kemas dan cantik.

jungkook instagram

Pada 1 Jun, idola itu sendiri telah menulis kenyataan dalam satu entri yang dimuat naik (kini sudah dipadam), yang memberi keterangan tentang sebab dia memadam semua entrinya di Instagram sebelum ini. Tulisnya,

Saya ketawa kuat sehingga saya fikir pusar saya akan jatuhhhh. tetapi ARMY…! Bolehkah saya memadamkannya sekali lagi dan cuba lagi? Saya benar-benar mahu menjadikannya lebih cantik!!!!

Kini, akaun Instagram Jung-kook akhirnya telah diselaraskan, dengan kesemua gambar yang dimuat naik kelihatan teratur dan lebih kemas.

Comel je Jung-kook!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...