Ikuti Kami:

Buat Kejutan Di Met Gala, Netizen Terpegun Lisa BP Tayang Bahagian Bawah Punggung

Buat Kejutan Di Met Gala, Netizen Terpegun Lisa BP Tayang Bahagian Bawah Punggung

Lisa, ahli kumpulan BLACKPINK, mencuri perhatian dengan penampilan fesyen yang berani dan mencolok mata.

Baru-baru ini, Lisa menghadiri acara ‘Met Gala 2025’ yang berlangsung di New York, Amerika Syarikat.

‘Met Gala’ ialah acara amal fesyen terbesar di dunia yang dianjurkan setiap tahun oleh majalah Vogue edisi Amerika dan Costume Institute di Muzium Metropolitan Seni (Metropolitan Museum of Art), New York.

Lisa, yang menerima jemputan rasmi ke Met Gala tahun ini, tampil dengan gaya berani — mengenakan pakaian dalam berwarna hitam jenis see-through yang bercetak wajah-wajah manusia, dipadankan dengan jaket see-through warna hitam dan kasut tumit tinggi.

Bukan itu sahaja, terdapat sedikit kontroversi apabila pakaian yang dikenakan Lisa mempunyai gambar Rosa Parks, aktivis popular di US yang memperjuangkan diskriminasi bangsa suatu ketika dahulu di bahagian tempat sulitnya. Ada yang mengatakan ia agak menghina untuk figura itu namun ramai yang mengatakan bahawa ia adalah salah pereka baju berkenaan.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Newsen

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...