Ikuti Kami:

Buat Hantaran Di Instagram, Peminat Gembira Lihat ‘Update’ Terkini V BTS Selepas Masuk Tentera

Buat Hantaran Di Instagram, Peminat Gembira Lihat ‘Update’ Terkini V BTS Selepas Masuk Tentera

V telah mengejutkan peminat selepas dia muncul di Instagram buat pertama kali selepas menjalani latihan ketenteraan.

Pada 15 Mac, V telah mengeluarkan muzik video bagi lagu terbarunya “FRI(END)S”, tidak cukup dengan itu, ahli BTS tersebut turut memuat naik video terkini dirinya di Instagram.

Di mana, dengan hanya memakai seragam tentera dan wajah yang dilitupi dengan topeng muka, ahli BTS itu dilihat sedang menonton iklannya yang muncul di papan kafe Compose Coffee, tempat dia menjadi duta.

Selepas video pendek itu dimuat naik, rata-rata peminat telah meluahkan rasa rindu dan teruja mereka setelah mendapat kemas kini yang tidak dijangka oleh penyanyi tersebut.

Tidak berhenti di situ, V turut dilihat telah menghabiskan cutinya dengan meluangkan masa bersama dengan rakan-rakan tenteranya. Di mana, mereka telah didapati pergi ke satu kedai gambar untuk bergambar dan keluar makan bersama.

v-military-friends

Perkara ini sekaligus telah membuatkan peminat gembira selepas melihat penampilan terkini V yang semakin sihat dan kekal bahagia meskipun sedang menjalani latihan ketenteraan.

Makin comel kan V!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...